wahai engkau selembut awan.
hendak kemana engkau berjalan.
di negeri mana diam bertahan.
bolehkah aku turut bermalam?

engkau kandil yang kemerlap.
pelita di malam gelap.
dian penerang hati yang kalap.
pandu pengantar ke negeri lelap.

datanglah wahai engkau juwita.
di terik siang atau gulita.
usah bicara sepatah kata.
kita berbincang di tatap mata.

di bening matamu.
awan berarak berwarna putih.
camar mengepak menepis buih.
menghalau cemas mengusir pedih.

di derai rambutmu harum.
kau sembunyikan seribu senyum.
terjatuh aku di pipimu ranum.
dengan jantung seribu dentum.